Tuesday, 2 October 2012

Jamuan Hari Raya Lembaga Pelabuhan Johor





PASIR GUDANG, 14 September 2012 (Jumaat)

Lembaga Pelabuhan Johor -  telah menganjurkan Majlis Jamuan Hari Raya Lembaga Pelabuhan Johor pada 14 September 2012 (Jumaat) bersamaan 27 Shawal 1433 H bertempat di Open Hall, Tanjung Puteri Golf Resort, Pasir Gudang, Johor.

Majlis jamuan hari raya ini diadakan bagi meraikan semua  komoditi yang berada di pelabuhan Johor dan di samping itu, ianya menjadi tempat pertemuan mesra di antara mereka bagi  mengeratkan lagi ikatan persaudaran dan hubungan. Majlis hari raya ini secara tidak langsung dapat mewujudkan suasana yang kondusif dalam memperkukuhkan lagi operasi pelabuhan dengan cekap dan berkesan, seterusnya dapat memberikan perkhidmatan yang bertaraf antarabangsa kepada pengguna-penguna pelabuhan dan menjadikan pelabuhan di Johor dapat bersaing dengan pelabuhan-pelabuhan lain di serata dunia.

Majlis sambutan hari raya Lembaga Pelabuhan Johor pada tahun ini juga telah meraikan seramai 46 orang anak-anak yatim (Tahfiz) dari Asrama Kebajikan Ar Rayyan, Johor Bahru. Sumbangan kepada anak-anak yatim tersebut telah disempurnakan  oleh YB. Dato’ Abdul Rahim Bin Ramli, Pengerusi Lembaga Pelabuhan Johor.

Turut hadir dimajlis ini juga Encik Muhammad Razif Bin Ahmad, Pengurus Besar Lembaga Pelabuhan Johor, wakil Ketua Pegawai Eksekutif Johor Port Berhad, wakil Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Pelabuhan Tanjung Pelepas Sdn. Bhd. Warga kerja Lembaga Pelabuhan Johor dan pasangan, Ketua Agensi Kerajaan dan Swasta di kedua-dua pelabuhan serta ahli komoditi pelabuhan di Negeri Johor.

No comments:

Post a Comment