Sunday 30 September 2012

VIDEO KORPORAT LPJ

Respect





PASIR GUDANG, 26 JUN 2012 (Selasa).

Lembaga Pelabuhan Johor bersama Pelabuhan Johor Berhad dan Pelabuhan Tanjung Pelepas Sdn. Bhd telah menganjurkan  “ Kempen Respect” pada 26 Jun 2012 bertempat di Lapangan Eksport Kastam, Pelabuhan Johor Pasir Gudang.

Objektif utama  diadakan Kempen Respect ini adalah untuk mengwujudkan budaya menghormati antara satu sama lain dalam sepelabuhan bagi memastikan suasana yang kondusif dalam menjayakan operasi pelabuhan yang cekap  dan ianya  dapat bersaing dengan pelabuhan-pelabuhan lain di dunia. Melalui kempen ini diharapakan semua peserta industri  yang terlibat di kedua-dua pelabuhan dapat menjalankan operasi pelabuhan   serta mengamalkan nilai-nilai murni dalam menguruskan operasi  perkhidmatan pelabuhan  yang cekap dan berkesan. Kempen ini tiada penghujungnya dan diharapkan semua peserta industri  yang terlibat dengan  operasi pelabuhan dapat mengamalkan dan menjayakannya pada setiap masa untulk dijadikan budaya kerja. Sebagai tanda program ini berjalan pemberian “Button Badge” dan Risalah diedarkan untuk menyampaikan objektif utama Kempen RESPECT ini.
Lembaga Pelabuhan Johor sebagai badan kawalselia pelabuhan akan sentiasa memantau dan memastikan rantaian peserta industri pelabuhan ini sentiasa berkerjasama ini kerana semua rantaian ini saling bergantung antara satu sama lain bagi menjayakan operasi pelabuhan berjalan lancar dan memaksimakan keuntungan dan  mengurangkan kos operasi pelabuhan.
Ucapan ini telah disampaikan oleh Encik Muhammad Razif Bin Ahmad, Pengurus Besar Lembaga Pelabuhan Johor. Turut hadir juga  YB. Dato’ Abdul Rahim Bin Ramli, Pengerusi Lembaga Pelabuhan Johor, Encik Derick Basir, Wakil Ketua Pegawai Eksekutif Johor Port Berhad, Encik Safuan Basir Wakil Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif.

Pelabuhan Tanjung Pelepas Sdn. Bhd, Pegawai-Pegawai kanan LPJ dan juga Ketua Agensi Kerajaan dan Swasta di kedua-dua Pelabuhan.

Sambutan Hari Kemerdekaan di Kluang Johor.



Lembaga Pelabuhan Johor telah menghantar seramai 40 orang ke Sambutan Hari Kemerdekaan Peringkat Negeri Johor pada 31 Ogos 2012 di Dataran berhadapan dengan Kluang Mall. Kontijen telah di ketuai oleh Encik Kamaruzaman Bin Hj Munasir, PPB (Khidmat Korporat & Pembangunan). Upacara Majlis Sambutan Kemerdekaan kali ke 55 ini telah disempurnakan oleh Y.B. Menteri Besar Johor Dato' Abdul Ghani Bin Othman.

Johor Port Authority Corporate video 30 Year's Anniversary

Carta Organisasi Unit Khidmat Korporat



Monday 24 September 2012

Fungsi Unit Khidmat korporat Lembaga Pelabuhan Johor

Ø    Menguruskan hal-ehwal korporat LPJ.

Ø    Menjalankan aktiviti-aktiviti pemasaran  dan promosi melalu 
    lawatan, pameran, bahan cetak dan media elektronik.

  Ø    Menjalankan tugas pemudah cara perdagangan dengan pihak-pihak 
    yang berkaitan dengan pelabuhan.

Ø    Menguruskan aduan-aduan yang diterima daripada pengguna-
    pengguna pelabuhan dan masyarakat awam.

  Ø    Mengendalikan Borang Maklum Balas Pelanggan bagi memastikan           
    perkhidmatan LPJ mengikut standard piawaian yang ditetapkan oleh ISO.

Ø    Menjalankan aktiviti yang meningkatkan imej LPJ daripada aspek
    fizikal dan sosial.

  Ø    Menjadi pusat pembangunan perniagaan dan pelaburan.

Ø    Membuat pemantauan standard prestasi pelabuhan-pelabuhan di 
     bawah kawal seliaannya.

  Ø    Mengumpul dan mengemas kini maklumat statistik pelabuhan.

Ø    Menjalankan penyelidikan dan pembangunan untuk kepentingan LPJ.

  Ø    Mengurus dan menyelenggarakan Pusat Sumber LPJ sebagai tempat  
    sumber rujukan dan pengumpulan maklumat.

Selamat Datang Ke Dunia Korporat Lembaga Pelabuhan Johor

Unit Khidmat Korporat merupakan badan perhubungan Lembaga Pelabuhan Johor yang menjaga hal ehwal korporat, pemasaran, promosi dan pemudah cara perdagangan kepada pelabuhan-pelabuhan di bawah kawal seliaannya. Ia juga menjadi penghubung Lembaga Pelabuhan Johor dengan pihak media dan merupakan pusat pengumpulan dan sumber maklumat Lembaga Pelabuhan Johor