Sunday, 30 September 2012

Respect





PASIR GUDANG, 26 JUN 2012 (Selasa).

Lembaga Pelabuhan Johor bersama Pelabuhan Johor Berhad dan Pelabuhan Tanjung Pelepas Sdn. Bhd telah menganjurkan  “ Kempen Respect” pada 26 Jun 2012 bertempat di Lapangan Eksport Kastam, Pelabuhan Johor Pasir Gudang.

Objektif utama  diadakan Kempen Respect ini adalah untuk mengwujudkan budaya menghormati antara satu sama lain dalam sepelabuhan bagi memastikan suasana yang kondusif dalam menjayakan operasi pelabuhan yang cekap  dan ianya  dapat bersaing dengan pelabuhan-pelabuhan lain di dunia. Melalui kempen ini diharapakan semua peserta industri  yang terlibat di kedua-dua pelabuhan dapat menjalankan operasi pelabuhan   serta mengamalkan nilai-nilai murni dalam menguruskan operasi  perkhidmatan pelabuhan  yang cekap dan berkesan. Kempen ini tiada penghujungnya dan diharapkan semua peserta industri  yang terlibat dengan  operasi pelabuhan dapat mengamalkan dan menjayakannya pada setiap masa untulk dijadikan budaya kerja. Sebagai tanda program ini berjalan pemberian “Button Badge” dan Risalah diedarkan untuk menyampaikan objektif utama Kempen RESPECT ini.
Lembaga Pelabuhan Johor sebagai badan kawalselia pelabuhan akan sentiasa memantau dan memastikan rantaian peserta industri pelabuhan ini sentiasa berkerjasama ini kerana semua rantaian ini saling bergantung antara satu sama lain bagi menjayakan operasi pelabuhan berjalan lancar dan memaksimakan keuntungan dan  mengurangkan kos operasi pelabuhan.
Ucapan ini telah disampaikan oleh Encik Muhammad Razif Bin Ahmad, Pengurus Besar Lembaga Pelabuhan Johor. Turut hadir juga  YB. Dato’ Abdul Rahim Bin Ramli, Pengerusi Lembaga Pelabuhan Johor, Encik Derick Basir, Wakil Ketua Pegawai Eksekutif Johor Port Berhad, Encik Safuan Basir Wakil Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif.

Pelabuhan Tanjung Pelepas Sdn. Bhd, Pegawai-Pegawai kanan LPJ dan juga Ketua Agensi Kerajaan dan Swasta di kedua-dua Pelabuhan.

No comments:

Post a Comment