Sunday, 30 September 2012
Respect
PASIR GUDANG, 26
JUN 2012 (Selasa).
Lembaga
Pelabuhan Johor bersama Pelabuhan Johor Berhad dan Pelabuhan Tanjung Pelepas
Sdn. Bhd telah menganjurkan “ Kempen
Respect” pada 26 Jun 2012 bertempat di Lapangan Eksport Kastam, Pelabuhan
Johor Pasir Gudang.
Objektif
utama diadakan Kempen Respect ini adalah untuk mengwujudkan budaya menghormati
antara satu sama lain dalam sepelabuhan bagi memastikan suasana yang kondusif
dalam menjayakan operasi pelabuhan yang cekap
dan ianya dapat bersaing dengan
pelabuhan-pelabuhan lain di dunia. Melalui kempen ini diharapakan semua peserta
industri yang terlibat di kedua-dua
pelabuhan dapat menjalankan operasi pelabuhan
serta mengamalkan nilai-nilai murni dalam menguruskan operasi perkhidmatan pelabuhan yang cekap dan berkesan. Kempen ini tiada
penghujungnya dan diharapkan semua peserta industri yang terlibat dengan operasi pelabuhan dapat mengamalkan dan
menjayakannya pada setiap masa untulk dijadikan budaya kerja. Sebagai tanda
program ini berjalan pemberian “Button Badge” dan Risalah diedarkan untuk
menyampaikan objektif utama Kempen RESPECT ini.
Lembaga
Pelabuhan Johor sebagai badan kawalselia pelabuhan akan sentiasa memantau dan
memastikan rantaian peserta industri pelabuhan ini sentiasa berkerjasama ini
kerana semua rantaian ini saling bergantung antara satu sama lain bagi
menjayakan operasi pelabuhan berjalan lancar dan memaksimakan keuntungan dan mengurangkan kos operasi pelabuhan.
Ucapan ini telah
disampaikan oleh Encik Muhammad Razif Bin Ahmad, Pengurus Besar Lembaga
Pelabuhan Johor. Turut hadir juga YB.
Dato’ Abdul Rahim Bin Ramli, Pengerusi Lembaga Pelabuhan Johor, Encik Derick
Basir, Wakil Ketua Pegawai Eksekutif Johor Port Berhad, Encik Safuan Basir
Wakil Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif.
Pelabuhan
Tanjung Pelepas Sdn. Bhd, Pegawai-Pegawai kanan LPJ dan juga Ketua Agensi
Kerajaan dan Swasta di kedua-dua Pelabuhan.
Sambutan Hari Kemerdekaan di Kluang Johor.
Lembaga Pelabuhan Johor telah menghantar seramai 40 orang ke Sambutan Hari Kemerdekaan Peringkat Negeri Johor pada 31 Ogos 2012 di Dataran berhadapan dengan Kluang Mall. Kontijen telah di ketuai oleh Encik Kamaruzaman Bin Hj Munasir, PPB (Khidmat Korporat & Pembangunan). Upacara Majlis Sambutan Kemerdekaan kali ke 55 ini telah disempurnakan oleh Y.B. Menteri Besar Johor Dato' Abdul Ghani Bin Othman.
Monday, 24 September 2012
Fungsi Unit Khidmat korporat Lembaga Pelabuhan Johor
Ø Menguruskan hal-ehwal korporat LPJ.
Ø Menjalankan aktiviti-aktiviti pemasaran dan promosi melalu
lawatan, pameran, bahan cetak dan media elektronik.
Ø Menjalankan tugas pemudah cara perdagangan dengan pihak-pihak
yang berkaitan dengan pelabuhan.
Ø Menguruskan aduan-aduan yang diterima daripada pengguna-
pengguna pelabuhan dan masyarakat awam.
Ø Mengendalikan Borang Maklum Balas Pelanggan bagi memastikan
perkhidmatan LPJ mengikut standard piawaian yang ditetapkan oleh ISO.
Ø Menjalankan aktiviti yang meningkatkan imej LPJ daripada aspek
fizikal dan sosial.
Ø Menjadi pusat pembangunan perniagaan dan pelaburan.
Ø Membuat pemantauan standard prestasi pelabuhan-pelabuhan di
bawah kawal seliaannya.
Ø Mengumpul dan mengemas kini maklumat statistik pelabuhan.
Ø Menjalankan penyelidikan dan pembangunan untuk kepentingan LPJ.
Ø Mengurus dan menyelenggarakan Pusat Sumber LPJ sebagai tempat
sumber rujukan dan pengumpulan maklumat.

Selamat Datang Ke Dunia Korporat Lembaga Pelabuhan Johor
Unit Khidmat Korporat merupakan badan perhubungan Lembaga Pelabuhan Johor yang menjaga hal ehwal korporat, pemasaran, promosi dan pemudah cara perdagangan kepada pelabuhan-pelabuhan di bawah kawal seliaannya. Ia juga menjadi penghubung Lembaga Pelabuhan Johor dengan pihak media dan merupakan pusat pengumpulan dan sumber maklumat Lembaga Pelabuhan Johor
Subscribe to:
Posts (Atom)