Wednesday, 10 October 2012

Pertandingan Mengarang Esei Bahasa Inggeris

 
 
Pertandingan Mengarang Esei Bahasa Inggeris Peringkat Dalaman LPJ
 
 
 
Berikut adalah tempoh dan tema untuk penulisan Esei Bahasa Inggeris
 
 
Tempoh pertandingan : 1 Oktober 2012 Sehingga 15 November 2012
 
Tema Penulisan :-
 
FIRST THEME
What are the current and future challenges facing my port or my country‘s ports?
 
SECOND THEME
Port Environment
i.                  Land and water areas uses
ii.                 Modalities and connectivity
iii.                Air
iv.                Water
v.                  Soil
vi.                 Dredging
vii.               Noise
viii.              Energy and climate change
ix.                Climate adaptation
x.                 Habitat and species
xi.                Landscape
xii.               Waste and material
 
THIRD THEME
Information Technology
i.                    Port operations/ management
ii.                  Port community system (PCS)
iii.                Port healthy, safety or security
iv.                 Environment protection
v.                   Electronic data interchange (EDI)
vi.                 Interconnectivity, interoperability and integration of port system and the logistics chain
 



Pertandingan Pidato Peringkat Dalaman LPJ

 
 
 
Pertandingan Pidato
 
Unit Khidmat Korporat Lembaga Pelabuhan Johor akan satu pertandingan Pidato Peringkat Dalaman LPJ. Berikut adalah ketentuan Pertandingan berikut
 
        
Tarikh : 19 Oktober 2012 (Jumaat)
Masa : 9.00 pagi – 12.00 Tengahari
Tempat : Anjung Bahtera, LPJ
 
Tajuk-tajuk untuk pemilihan peserta.
 
Perpaduan Kaum Dalam Kalangan Masyarakat Malaysia
Peranan Generasi Muda Mengekalkan Kestabilan Negara

Rukun Negara Amalan Hidup Kita

Gagasan 1 Malaysia

Kemerdekaan Pemangkin Pembinaan Ketamadunan Bangsa

Peranan Media Massa Dalam Perpaduan Rakyat

Bahasa Jiwa Bangsa

Budi Bahasa Amalan Mulia

Keluarga Bahagia

Hargai Warga Tua

Jiran Sepakat Membawa Berkat

Dadah Membawa Padah

Kebersihan Alam Sekitar Tanggungjawab Bersama

Remaja Cemerlang Negara Gemilang

Teknologi Maklumat Dalam Pembangunan Negara
Kepimpinan Cemerlang Negara Terbilang

Pertanian Adalah Perniagaan

Literasi Ict Rakyat Bermaklumat

Politik Stabil Negara Makmur

Jenayah Kolar Putih Dan Penyelesaiannya

Bahasa Jiwa Bangsa

Bahasa Melayu Dimartabatkan, Bahasa Inggeris Dimantapkan

Rakyat Berintergriti Malaysia Maju

Menjana Keintelektualan Bangsa

Pemerdagangan Manusia Dan Penyelesaiannya

Sains Dan Teknologi Dan Kepentingannya


Keadilan Sejagat Tanggungjawab Bersama

Alam Sekitar Bersih Hidup Sihat

Sukan Mampu Mengeratkan Perpaduan Kaum

Pendatang Tanpa Izin Mengundang Musibah

Jiran Sepakat Membawa Berkat

Industri Pelancongan Menjana Ekonomi Negara

1 Malaysia: Satu Bahasa Satu Budaya

Rukun Negara Amalan Rakyat Malaysia

Bangsa Pendidikan Bangsa Berjaya

Pencemaran Budaya Dan Masalahnya

Warisan Negara Identiti Kita.

Komuniti Prihatin Kesejahteraan Terjalin



Tuesday, 2 October 2012

Johor Port Berhad Menyasarkan Tingkat Kargo LME


Statistik Pengendalian Kontena Pelabuhan Tanjung Pelepas.


Statistik di atas menunjukkan jumlah pengendalian kontena di Pelabuhan Tanjung Pelepas. Jumlah ini menunjukkan penurunan pada suku tahun kedua 2012. Penurunan ini disebabkan penurunan kapal yang berlabuh di Pelabuhan Tanjung Pelepas pada suku tahu kedua 2012.

Statistik Pengendalian Kontena Johor Port Berhad



Statistk di atas menunjukkan jumlah pengendalian kontena oleh Johor Port Berhad. Statistik tersebut menunjukkan tren menurun dan menaik. Keadaan ini berterusan sehingga bulan Ogos 2012.

Jamuan Hari Raya Lembaga Pelabuhan Johor





PASIR GUDANG, 14 September 2012 (Jumaat)

Lembaga Pelabuhan Johor -  telah menganjurkan Majlis Jamuan Hari Raya Lembaga Pelabuhan Johor pada 14 September 2012 (Jumaat) bersamaan 27 Shawal 1433 H bertempat di Open Hall, Tanjung Puteri Golf Resort, Pasir Gudang, Johor.

Majlis jamuan hari raya ini diadakan bagi meraikan semua  komoditi yang berada di pelabuhan Johor dan di samping itu, ianya menjadi tempat pertemuan mesra di antara mereka bagi  mengeratkan lagi ikatan persaudaran dan hubungan. Majlis hari raya ini secara tidak langsung dapat mewujudkan suasana yang kondusif dalam memperkukuhkan lagi operasi pelabuhan dengan cekap dan berkesan, seterusnya dapat memberikan perkhidmatan yang bertaraf antarabangsa kepada pengguna-penguna pelabuhan dan menjadikan pelabuhan di Johor dapat bersaing dengan pelabuhan-pelabuhan lain di serata dunia.

Majlis sambutan hari raya Lembaga Pelabuhan Johor pada tahun ini juga telah meraikan seramai 46 orang anak-anak yatim (Tahfiz) dari Asrama Kebajikan Ar Rayyan, Johor Bahru. Sumbangan kepada anak-anak yatim tersebut telah disempurnakan  oleh YB. Dato’ Abdul Rahim Bin Ramli, Pengerusi Lembaga Pelabuhan Johor.

Turut hadir dimajlis ini juga Encik Muhammad Razif Bin Ahmad, Pengurus Besar Lembaga Pelabuhan Johor, wakil Ketua Pegawai Eksekutif Johor Port Berhad, wakil Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Pelabuhan Tanjung Pelepas Sdn. Bhd. Warga kerja Lembaga Pelabuhan Johor dan pasangan, Ketua Agensi Kerajaan dan Swasta di kedua-dua pelabuhan serta ahli komoditi pelabuhan di Negeri Johor.

Sunday, 30 September 2012

VIDEO KORPORAT LPJ

Respect





PASIR GUDANG, 26 JUN 2012 (Selasa).

Lembaga Pelabuhan Johor bersama Pelabuhan Johor Berhad dan Pelabuhan Tanjung Pelepas Sdn. Bhd telah menganjurkan  “ Kempen Respect” pada 26 Jun 2012 bertempat di Lapangan Eksport Kastam, Pelabuhan Johor Pasir Gudang.

Objektif utama  diadakan Kempen Respect ini adalah untuk mengwujudkan budaya menghormati antara satu sama lain dalam sepelabuhan bagi memastikan suasana yang kondusif dalam menjayakan operasi pelabuhan yang cekap  dan ianya  dapat bersaing dengan pelabuhan-pelabuhan lain di dunia. Melalui kempen ini diharapakan semua peserta industri  yang terlibat di kedua-dua pelabuhan dapat menjalankan operasi pelabuhan   serta mengamalkan nilai-nilai murni dalam menguruskan operasi  perkhidmatan pelabuhan  yang cekap dan berkesan. Kempen ini tiada penghujungnya dan diharapkan semua peserta industri  yang terlibat dengan  operasi pelabuhan dapat mengamalkan dan menjayakannya pada setiap masa untulk dijadikan budaya kerja. Sebagai tanda program ini berjalan pemberian “Button Badge” dan Risalah diedarkan untuk menyampaikan objektif utama Kempen RESPECT ini.
Lembaga Pelabuhan Johor sebagai badan kawalselia pelabuhan akan sentiasa memantau dan memastikan rantaian peserta industri pelabuhan ini sentiasa berkerjasama ini kerana semua rantaian ini saling bergantung antara satu sama lain bagi menjayakan operasi pelabuhan berjalan lancar dan memaksimakan keuntungan dan  mengurangkan kos operasi pelabuhan.
Ucapan ini telah disampaikan oleh Encik Muhammad Razif Bin Ahmad, Pengurus Besar Lembaga Pelabuhan Johor. Turut hadir juga  YB. Dato’ Abdul Rahim Bin Ramli, Pengerusi Lembaga Pelabuhan Johor, Encik Derick Basir, Wakil Ketua Pegawai Eksekutif Johor Port Berhad, Encik Safuan Basir Wakil Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif.

Pelabuhan Tanjung Pelepas Sdn. Bhd, Pegawai-Pegawai kanan LPJ dan juga Ketua Agensi Kerajaan dan Swasta di kedua-dua Pelabuhan.

Sambutan Hari Kemerdekaan di Kluang Johor.



Lembaga Pelabuhan Johor telah menghantar seramai 40 orang ke Sambutan Hari Kemerdekaan Peringkat Negeri Johor pada 31 Ogos 2012 di Dataran berhadapan dengan Kluang Mall. Kontijen telah di ketuai oleh Encik Kamaruzaman Bin Hj Munasir, PPB (Khidmat Korporat & Pembangunan). Upacara Majlis Sambutan Kemerdekaan kali ke 55 ini telah disempurnakan oleh Y.B. Menteri Besar Johor Dato' Abdul Ghani Bin Othman.

Johor Port Authority Corporate video 30 Year's Anniversary

Carta Organisasi Unit Khidmat Korporat



Monday, 24 September 2012

Fungsi Unit Khidmat korporat Lembaga Pelabuhan Johor

Ø    Menguruskan hal-ehwal korporat LPJ.

Ø    Menjalankan aktiviti-aktiviti pemasaran  dan promosi melalu 
    lawatan, pameran, bahan cetak dan media elektronik.

  Ø    Menjalankan tugas pemudah cara perdagangan dengan pihak-pihak 
    yang berkaitan dengan pelabuhan.

Ø    Menguruskan aduan-aduan yang diterima daripada pengguna-
    pengguna pelabuhan dan masyarakat awam.

  Ø    Mengendalikan Borang Maklum Balas Pelanggan bagi memastikan           
    perkhidmatan LPJ mengikut standard piawaian yang ditetapkan oleh ISO.

Ø    Menjalankan aktiviti yang meningkatkan imej LPJ daripada aspek
    fizikal dan sosial.

  Ø    Menjadi pusat pembangunan perniagaan dan pelaburan.

Ø    Membuat pemantauan standard prestasi pelabuhan-pelabuhan di 
     bawah kawal seliaannya.

  Ø    Mengumpul dan mengemas kini maklumat statistik pelabuhan.

Ø    Menjalankan penyelidikan dan pembangunan untuk kepentingan LPJ.

  Ø    Mengurus dan menyelenggarakan Pusat Sumber LPJ sebagai tempat  
    sumber rujukan dan pengumpulan maklumat.

Selamat Datang Ke Dunia Korporat Lembaga Pelabuhan Johor

Unit Khidmat Korporat merupakan badan perhubungan Lembaga Pelabuhan Johor yang menjaga hal ehwal korporat, pemasaran, promosi dan pemudah cara perdagangan kepada pelabuhan-pelabuhan di bawah kawal seliaannya. Ia juga menjadi penghubung Lembaga Pelabuhan Johor dengan pihak media dan merupakan pusat pengumpulan dan sumber maklumat Lembaga Pelabuhan Johor